Ramadhan.

Assalammualaikum.

Sedar tak sedar dah ramadhan pun berlalu. Biasalah sekarang mesti ramai yang tengah busy prepare barang raya kan. Bagi aku pulak, busy dengan cari rezeki sebab yelah sejak nak habis praktikal ni memang banyak focus untuk cari duit je sebab dah start nak bayo itu ini. Haih, aku tak anggap tu semua sebagai satu beban tapi tu semua cabaran bagi diri aku.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berpuasa bersama ahli keluarga, diharapkan ramadhan tahun ni bukan ramadhan yang terakhir. Busy cari rezeki tak kisahlah penat ke apa, selagi ada kudrat aku gunakan kudrat aku ni. Bak kata orang tua-tua zaman muda macam ni lah kita kena pandai gunakan kerahan tenaga kita untuk cari rezeki. Siapa kata anak bongsu tak pandai berdikari? Tak semua anak bongsu macam tu. Bahkan anak tunggal pun. Tu semua bukan alasan.

After praktical, busy dengan final report practical pulak. Mudah-mudahan dipermudahkan. Amin. Next step lepas dah settle report, direct settlekan pasal majlis hujung tahun ni. In shaa allah kalau takde apa-apa halangan. Nyambil-nyambil kita kerja kumpul duit nyambil tulah kita percepatkan urusan yang baik. Kan? Hee.

Selagi tak kahwin kau takkan rasa macam mana nikmat yang Allah beri pada diri kau bila dah berumahtangga berbanding solo. Honestly, aku pun takut. Bukan takut apa, just takut kalau-kalau tak ready tapi takpe, orang kata itu semua pengalaman dalam hubungan perkahwinan. Even usia masing-masing muda lagi but percaya dengan rezeki yang Allah nak bagi pada kau bila dah kahwin. Tu belum lagi kalau rezeki anak-anak. Right?

Oh iya, nak share jugak lah pasal baru-baru ni dapat interview under government ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan even first time interview kan. Pengalaman pun takde. So, rajin-rajin lah bertanya dengan orang sekeliling takpun refer pada internet. Cari yang berkaitan as note untuk kau baca supaya kau takdelah blur kalau diajukan soalan cepumas. Yang paling penting, prepare betul-betul. Kalau rasa dah baca banyak kali tapi tak masuk jugak dalam kepala, haa try untuk fahamkan pasal apa yang organisasi tu buat untuk masyarakat. Kadang-kadang kita tak boleh push jugak otak kita kan. Setiap orang lain sifat and kelebihan dia.

Alhamdulillah aku dapat tawaran untuk 2 jawatan. Memandangkan masa first day interview tu, aku lah dapat number second last macam tu, tapi aku still sabar sebab yelah bukan senang kan nak dapat tawaran macam ni lagi-lagi ni pulak first time interview untuk aku. And alhamdulillah aku dapat penemuduga yang sangat baik orangnya. Bohonglah tak ketaq lutut dibuatnya masuk dewan interview. Haha. Tapi aku kuatkan diri, tunjukkan diri ni tak terlalu risau sebab apa, sebab alhamdulillah my family always support me. Paling terharu bila abah tunggu dari awal datang sampailah aku habis interview. Abah lah yang sudi teman. Abah nak aku dapat jawatan tu kalau ada rezeki. Yelah dia kalau boleh nak jugak anak-anak dia kerja kerajaan macam dia dulu. Sekarang abah pesara dah.

Just nak pesan study betul-betul pasal jawatan korang yang penting setiap orang lain soalannya. And kalau rasa dah pergi daerah or negeri orang lain tu untuk interview, pandai-pandailah bergaul and berbual. Jangan jadi bodoh sombong. Kadang-kadang bermula dengan teguran tulah kita dapat kawan baru. So, jangan malu. Okay? Hee

Comments

Popular posts from this blog

Life

Hiking