Hiking

Assalammualaikum...

Well, ada masa free so let's update new blog untuk harini. em okay lah pasal hiking ni, memang best and basically sesuai untuk orang yang suka aktiviti yang adventure ni. Story yang nak aku sampaikan ni pun depends pengalaman aku sendiri yang pergi hiking 2 hari lepas. haa ni kes bosan stay rumah then plan last minit. Ikutkan dah lama nak plan hiking ni sebab dah lama jugak lah tak join. Then tiba-tiba haritu entah kenapa rasa tak tahu nak buat apa then ngajak lah membe-membe gua hiking. 

Yang free time tu yan dengan fizah je so kitaorang decides pergi hiking bertiga. Lepastu nak pergi hiking pulak sure tak sure je tempatnya so minta tolong lah sorang kawan aku ni tunjuk tempat hiking tu. Actually he is my ex but kitaorang still kawan macam biasa even dah takde apa-apa. Yelah takde istilah tak puas hati ke apa anggap takde jodoh so kita kawan.

Okay balik pada story aku tadi, gerak dalam pukul 5 macam tu sebab aku yang kena amik yan dengan fizah ni dekat rumah diorang semua then baru gerak pergi tempat hiking tu. So sampai tempat hiking tu dalam pukul 5 lebih jugak lah. Sampai-sampai je terus kitaorang hiking sebab takut nanti lambat nak sampai dekat puncak. Kebetulan hari yang kitaorang pergi tu hari khamis. Then membe aku yang tunjuk tempat ni pulak dia ada pesan dah jangan lambat sangat turun then ingat hari ni hari apa. Haa tapi time tu kitaorang memang lupe jugak lah hari apa. Lepas dia cakap macam tu je baru teringat, yaaa hari khamis malam jumaat! 

First start hiking biasalah stamina tu ada lagi so tak pancit then masa mula-mula naik pun still ada lagi kawasan perumahan dekat situ. Then bila dah 1100M kitaorang hiking, memang pancit kejap. Sampai membe pun terduduk kejap. Ikutkan memang tak boleh terus duduk kan bila hiking ni sebab darah boleh tak jalan okay uuoollss. Then time ni tengok jam still awal lagi so kitaorang pun teruskan hiking. Sampailah kitaorang dapat 2650M yang sememangnya semakin hampir dekat puncak tu. Then time tu tengok jam dah pukul 6 lebih macam tu. Fikir-fikir balik dengan membe nak maghrib dah ni, so memang tak kesampaian lah nak naik sampai puncak. So kitaorang decide untuk turun.

Bila dah otw nak turun tu, kira dalam 2 or 3 langkah kitaorang tetiba ada sorang uncle ni tegur kami. Dia kata "Eh kenapa pusing balik? Sudah mau sampai maa. Lagi 2/3 langkah you sudah boleh sampai leyy. Ni lagi you mau turun. Sayang maa. Go Go naik atas sana". Lepastuh membe aku fizah pun nyambung "Jauh lagi ke uncle? Betul ke 2/3 langkah sudah sampai? Saya dah tak larat lah uncle". Then aku pun terfikir satu soalan "Uncle dekat atas ada orang lagi ke?" Then uncle tu jawab "Ada lagi orang dekat atas tu. Ada lagi couple yang bercintun dekat atas tu. You sambung naik lah". Haha , part bercintun tu terus kitaorang gelak besar.

Lepas uncle tu dah cakap macam tu kitaorang pun tengok each other then decide sambung hiking. Lepas dah sampai 2.7KM kitaorang hiking, then membe aku dok usya je bukit tu macam jauh lagi je padahal hiking bukit tu 3KM maknanya kitaorang dah nak sampai lah kan? Pulak time tu dah gelap. Belakang kitaorang time tu pun takde orang dah. So cakap dengan membe takpelah kita sambung next time. Jom turun.

Otw turun tu memang dah gelap sebab dah 7 lebih macam tu. Pulak membe aku yang fizah ni bukan main lagi laju dia turun sampaikan kitaorang terpisah. Risau jugak aku sebab bayang dia terus hilang dari pandangan aku dengan yan. Entah kenapa time tu rasa nak call si fizah ni tapi dalam hati aku cakap nanti dulu. So aku pun teruskan lah turun saing yan. Yan pulak dah start kejang kaki, aku just boleh cakap slow-slow babe. Kau baca lah ayat kursi ke selawat ke yang penting kita selamat turun. Terasa jauh jugak lah kitaorang hiking sampaikan nak turun tu lama jugak lah masa kitaorang amik. Sampaikan phone aku bunyi azan so means dah maghrib. Tapi kitaorang still dalam hutan tu. Seriously lepas je azan terasa macam-macam bunyi jugak lah aku dengan yan dengar tapi buat endah tak endah je sebab dalam kepala fikir nak turun sampai dekat kereta cepat!

Bila habis azan dalam phone, aku dengan yan still teruskan baca selawat and ayat kursi sepanjang otw nak turun tu. Then aku terdetik nak call fizah but time tu lah line takde tiba-tiba. So aku pun relaks dulu. Masa tu aku just ada touchlight pada phone je. Aku suruh dak yan ni pegang phone aku kejap sebab aku nak tutup beg tapi dia tak boleh nak focus apa aku suruh dia buat so dia teruskan je baca ayat kursi. Nak taknak aku lah kena buat sorang. Sepanjang bukak touchlight tu memang aku suluh dekat jalan je, tak suluh kiri kanan sebab takut terpandang apa ke kan. Haa you guys pun faham lah maksud aku.

Memang macam-macam bunyi aku dengar tapi aku dengan yan diam je. kitaorang tak bercakap just masing-masing focus baca ayat kursi. Sampailah dekat satu tempat tu memang tak tahu kenapa bunyi binatang dalam hutan tu makin kuat then ada satu bunyi yang buat kitaorang naik bulu roma ni. Tapi time tu aku toleh-toleh jugak dekat belakang kot-kot ada orang yang turun saing kitaorang ke kan tapi sayangnya takde langsung.

Tengah jalan nak turun tu entah kenapa mata aku terpandang something dekat sebalik pokok-pokok dalam hutan ni. Adaa macam kelibat warna putih but aku tak terus tenung then aku pun taknak terus fikir. Masa nak lalu tu memang jantung aku ni rasa nak terkeluar jugak lah sampaikan yan pegang tangan aku. That means yan rasa apa aku rasa tapi dia tak cakap. So lepas je lalu memang rasa lain macam. Aku pun terus terfikir nak azan. Then aku azan dekat situ sepanjang aku jalan sampailah aku habis azan. Habis je azan, alhamdulillah rasa gerun tu dah hilang. Time tu je terus aku tengok phone and alhamdulillah ada line. So kali ni cepat-cepat aku dail number fizah. And alhamdulillah dia jawab call tu then dia cakap dia dah nak sampai bawah dah and dia saing uncle yang tegur kitaorang tu. 

Lega dengar membe okay, yelah dah terpisah kan siapa je tak risau. Lepastuh aku pun teruskan lagi perjalanan nak turun tu. Then tetiba phone bunyi risau jugak kot-kot family call ke kan yelah tak balik-balik lagi dah maghrib. Rupanya fizah call then dia tanya "kau dekat mana?". Then aku cakap "dah sampai 400M". Then fizah cakap "dia dah 300M tapi dah nak jejak 250M". Thats means kitaorang dah tak jauh then aku tanya "kau nak tunggu or teruskan turun?" Lepastuh fizah cakap "dia teruskan turun dengan uncle ni". Seriously memang lega gila hati masa tu. Lepastuh letak call. Tetibaa dak fizah ni call lagi, aku entah kenapa rasa nak tergelak pun ada yelah call cakap satu-satu. Haha. Even tengah takut time tu. Then tanya "haa nak apa beb?". Dia pun tergelak then dia cakap "Uncle tu suruh korang jerit". Lepastuh aku cakap dengan yan jerit sekali dengan aku tapi yan tak boleh nak cakap apa dengan tercungap-cungap so aku jeritlah sorang nama dak fizah ni.

Ada dalam 2/3 kali jugak lah aku jerit and alhamdulillah membe aku cakap uncle tu dengar suara aku. So bila dah dengar tu aku pun dengan yan bertambah lah lega rasa hati. Then aku tanya fizah "dekat mana?" dia jawab "dah nak dekat jalan bawah". So aku dengan yan pun turun lagi laju. Ingatkan nak jogging jugak tapi memang tak boleh sebab kawasan dia tu bukit-bukit. Kang daripada boleh jalan tetiba terseliuh ke apa dah susah. So jalan lah laju sikit. Sampailah aku nampak pencawang TNB, that means dah nak sampai. Lepastuh nak lagi lega aku nampak balik rumah-rumah orang yang stay situ. Lepastuh yan nampak si fizah dengan uncle tu, and alhamdulillah kami selamat turun. Thankyousomuch dekat uncle tu sebab sudi tunggu kitaorang. And untuk pengetahuan korang uncle ni asal orang melaka. So dia memang setiap hari rabu dengan khamis akan pergi hiking dekat sini sebab kebetulan dia ada kerja dekat sini. In shaa allah ada rezeki jumpa uncle ni lagi. Nampak tak hidup satu malaysia. Hehehe

Sampai je bawah terus masuk kereta. Masuk-masuk log pintu then minum air, relaks kan kaki ni haa. Memang tak lah aku nak terus bawa kereta kaki ketaq beb. Biasalah gua bawa manual. Haha. Pulak tengah relaks tu aku tanya lah fizah "macam mana kau boleh hilang dari aku dengan yan?". Then dia cakap "entahlah tapi aku toleh belakang pun tengok kau dengan yan takde. Lepastuh aku follow sorang mamat chinese ni tapi dia jalan turun tu laju sangat sampai aku tak boleh kejar then terus aku nampak uncle tu aku pun turun lah saing uncle tu. Tu yang terus uncle tanya korang mana, naik puncak ke tak. Hahaha. Fizah pulak cakap tak sempat lah uncle dah maghrib kena balik. Then uncle tu cakap yeke? belum bang pun. means azan. Then fizah cakap sekejap lagi bang lah uncle". Lepastu terus phone fizah bunyi azan then uncle tu kata "mana kawan-kawan you tadi?" Fizah pun cakap "dorang dekat belakang". Time tu jugaklah uncle tu decide nak tunggu aku dengan yan turun. Pulak time otw turun fizah story lah yang uncle ni tanya "Kenapa tak naik sampai atas? Takut jumpa PON ke?" It's means makhluk yang rambut panjang tu. Haa faham-faham lah. Haha.

Bila uncle tu tanya dengan fizah macam tu fizah senyum je. Lepastuh uncle tu tanya lagi "You percaya ke?" Then fizah jawab "Percaya uncle sebab benda tu wujud cuma benda tu semua hidup dengan alam yang berbeza". So uncle tu pun senyum je. Hehehe. Kitaorang selamat sampai rumah masing-masing dalam pukul 8.15 macam tu sebab aku hantar dak yan ni balik dulu memandangkan rumah dia jauh sikit dengan aku and fizah.

Haaa ni lah story aku pasal hiking ni. Huhh jenuh jugak iyaa menaip. Hahaha. The moral of story aku ni, if korang nak hiking plan lah awal-awal jangan last minit macam kitaorang. Haha. Then second kalau nak hiking tu better bawa membe lelaki kalau boleh. Kalau rasa nak pergi ramai-ramai pun okay jugak. And lastly stanby apa yang patut kalau korang nak pergi hiking tu and paling penting hati-hati okay guys...

Comments

Popular posts from this blog

Life

Ramadhan.